Friday, June 28, 2013

Apakah Identiti Seni Sabah? (What is the identity of Sabah Art?) in BM...



Sememangnya seni sudah bertapak lama dalam sanubari kita sebagai manusia. Seni memainkan peranan dalam luahan emosi atau perasaan. Ianya adalah cara kita berfikir secara kreatif dan kemudian meluahkannya. Ada kalanya kita tidak sedar akan kepentingan seni dalam hidup. Sebagai contoh meja. Seseorang pereka telah mereka meja tersebut dengan sengajanya dan ianya merupakan seni bagi individu tersebut. Piring makan yang kita guna seharian adalah rekaan seseorang. Setiap rekaan yang berfungsi di sekeliling kita adalah seni.

Apakah itu seni?
Definisi atau maksud seni sehingga kini masi belum dapat dipastikan 100% kerana ianya sesuatu yang sentiasa berkembang dari masa ke semasa.
Antara definisi yang digunakan untuk menggambarkan seni pada masa ini adalah, ianya olahan secara kreatif dan imaginatif seseorang yang disusun komposisinya sehingga membentuk sesuatu  objek yang menarik, persekitaran atau pengalaman dengan bertujuan untuk dikongsi kepada umum.
Salah satu definisi yang paling mudah untuk menggambarkan seni adalah :- ianya adalah bentuk dan kandungan.
Bentuk - terdiri daripada elemen seni, panduan rekaan dan media yang digunakan.
Kandungan - adalah apakah yang ingin sampaikan oleh artis kepada pemerhati, gambaran yang dihasilkan oleh artist yang terkandung dalam karya seni dan penerimaan umum terhadap kedua fakta tersebut.

Adakah terdapat definisi bagi Identiti Seni lukis Sabah?
Soalan ini agak sukar untuk diberikan jawapan. Menurut  Aks Kwan, seorang pereka grafik/ pelukis komik dan seorang pelukis. Definisi seni bagi sesebuah negeri di dalam Malaysia masih belum dapat dipastikan jika subjek atau ikon-ikon atau budaya yang terdapat di negeri itu tidak disertakan dalam sesebuah karya. Sebagai contoh sebuah karya pelukis dari negeri Sarawak yang dihasilkan tanpa sebarang motif “tribal”, Kelantan tanpa ikon Wau nya. Sememangnya sukar untuk diketahui dari mana asal seni yang dihasilkan itu.

Soalan yang sama telah diajukan kepada orang awam disekitar bandar Kota Kinabalu, pada pendapat anda apakah definisi atau identiti seni lukis di Sabah?
Jawapan majoriti yang hampir sama telah diberikan iaitu:-
Subjek-subjek yang bertemakan budaya yang terdapat di Sabah. Subjek yang bertemakan landskap, orang-orang tua, kampung-kampung, sawah padi, orang Murut, orang utan, bunga rafflesia, periuk kera, monyet belanda dan jawapan yang paling cliché adalah lukisan yang mempunyai “Gunung Kinabalu”.

Walaupun kelompok majoriti memberikan jawapan seperti di atas, dan sekiranya ini dianggap oleh masyarakat sebagai seni lukis Sabah, bagaimana pula jika lukisan yang bersubjekkan Gunung Kinabalu yang dihasilkan oleh artist-artist yang berasal dari Amerika Syarikat, England, China dan Negara-negara lain? Adakan ini juga tergolong dalam Seni lukis Sabah? Adakan dengan melukis ikon atau budaya yang terdapat di negeri Sabah adalah identiti seni Sabah?

Terdapat juga mereka yang memberi jawapan jenis media sesebuah lukisan itu dihasilkan yang membolehkannya digelar seni sabah. Sebagai contoh :-
Lukisan landskap yang menggunakan warna air, warna terang, warna-warna harmoni dan sebagainya. Adakah teknik-teknik yang menggunakan media ini beridentitikan seni lukis negeri Sabah? Jawapannya tidak. Ianya teknik yang digunakan di seluruh dunia, dan hanya diperkenalkan di negeri Sabah pada tahun 1940an semasa British menjejakkan kaki ke muka bumi Sabah, atau mungkin juga lebih awal semasa pemerintahan zaman Jepun? 

Ada beberapa orang pelukis tempatan berpendapat bahawa identiti yang terdapat pada seni Sabah buat masa ini adalah seni/lukisan yang menggunakan ikon budaya dan alam fauna yang terdapat banyak di negeri Sabah. Walaupun jawapan ini agak relevan akan tetapi menurut apa yang tertulis dalam buku “sejarah perkembangan seni lukis Sabah oleh Ismail Hj. Ibrahim” lukisan-lukisan yang mengandungi ikon budaya dan alam fauna telahpun dicipta atau sudah dilakukan sejak tahun 1940an atau lebih awal dari itu. Ini bermakna kenyataan “buat masa ini ” agak ketinggalan dari segi fakta pemerhatian.
Sekiranya sesebuah lukisan yang dihasilkan tidak bersubjekkan budaya, bolehkah ianya diklasifikasikan pada identiti tertentu?
Jawapan yang diterima setelah soalan diajukan semula kepada umum dan para karyawan mula menjawab, soalan ini agak sukar atau tidak ada jawapan.

Soalan yang sama telah dikemukanan kepada golongan yang lebih berpengalaman dalam bidang seni dan berfikiran agak terbukan tentang pemahaman mereka tentang seni. 

Identiti
Teo Zye Keun (guru seni)
Adakah lukisan mempunyai identitinya sendiri? Apakah maksud identiti seni?
Menurut Teo Zye Keun seorang guru seni (Asgardian School of Art), identiti sesebuah seni boleh dibahagikan kepada-2 bahagian :-
  1.     .     Identiti dalam seni yang dihasilkan.
  2.     ,     Identiti seseorang artis dalam seni yang dihasilkan.

Identiti dalam seni yang dihasilkan :-
Biasanya identiti seni ditafsir melalui isi kandung/ mesej yang ingin disampaikan kepada umum.
Identiti seseorang artis dalam seni yang dihasilkan :-
Setiap artis sememangnya mempunyai identiti mereka yang tersendiri dari segi subjek, topic, teknik, penggunaan sesuatu media dan banyak lagi. Definisi identiti bagi seseorang artis lebih mudah difahami  melalui penghasilan karakter-karakter yang tertentu, simbol, corak, nombor atau subjek.

Menurut beliau, walaupun di masa kini kebanyakkan orang beranggapan yang identiti bagi seni sabah adalah flora/fauna dan ikon-ikon yang terdapat di negeri Sabah. Masih belum boleh dipastikan yang ini adalah fakta kerana sejak bermulanya perkembangan seni di negeri sabah rata-rata subjek/topik yang dihasilkan adalah kerana pilihan majority. Semenjak Simon Yew 1898-1983 menghasilkan lukisan Gunung Kinabalu pada 1940-an, sehingga kini lukisan-lukisan yang bertemakan Gunung Kinabalu tidak dapat dipisahkan oleh kebanyakkan artis tempatan. Dan disebabkan bilangan majoriti inilah yang membuatkan umum beranggapan identiti seni Sabah mestilah hasil seni yang  terdiri dari ikon-ikon negeri Sabah.

Dari penjelasan ringkas di atas, difahamkan kebanyakan pelukis lebih cenderung memilih identiti artist yang terkandung dalam seni yang dihasilkan. Ini adalah kerana ianya lebih senang untuk disampaikan kepada umum berbanding dengan identiti sesuatu tempat berdasarkan seni yang dihasilkan. Sebagai contoh negara Australia, semasa perbincangan “global art” dan yang terkandung didalamnya the doyen post 1960s conceptualism di german. Peter wiebel bertanya mengapakah seni Australia wajib dengan satu perkara iaitu – lanskap yang buruk.
Ternyata kenyataan yang diberikan oleh beliau memberi paparan yang setiap pemerhati yang berlainan mempunyai pemahaman yang berbeza tentang sesebuah seni dengan cara mereka yang tersendiri.

Yee I-lann (artis)
Seni adalah sesuatu yang tanpa definisi, sekiranya ia dapat didefinisikan maka ianya gagal untuk digelar seni. Identiti hanya terdapat pada artis/pelukis/pengkarya seni. Sekiranya sesebuah seni diberikan identiti maka ianya tidak akan berkembang.

Mitchel Bernard (arkitek)
“Identiti seni di negeri sabah tidak sempat dikembangkan”. Beliau antara mereka yang skeptik tentang identiti seni sabah dan pernah bertanyakan soalan yang sama. Dimanakah letaknya identiti seni sabah pada masa ini? Menurut beliau disebabkan pengaruh luar yang terlalu cepat, masyarakat tempatan tidak sempat untuk melakukan apa-apa dokumentasi tentang identiti seni yang mempengaruhi hasil atau karya seni mereka. Fakta ini disokong dalam buku “sejarah perkembangan seni lukis sabah oleh Ismail Hj. Ibrahim”. Dukumentasi tentang seni di Sabah hanya dimula pada sekitar tahun 1940-an.
Pengaruh luar yang menyebabkan identiti seni sabah sukar untuk didefinisikan. Sebagai contoh pengaruh luar yang paling ketara adalah rekaan bangunan muzium Sabah. Rekaan bumbung bangunan tersebut yang sememangnya mempunyai ciri-ciri Minangkabau (Jawa).
Pada pendapat beliau identiti seni Sabah sememangnya ada dan besar kemungkinan ianya adalah patern/corak seni yang sudah lama berada dalam arus seni tempatan dihasilkan oleh masarakat tempatan yang terdiri dari berbilang kaum walaupun arus permodenan kini semakin maju. Apa yang dimaksudkan disini bukanlah hasil-hasil kraftangan tetapi corak atau motif dan bentuk yang biasanya terdapat pada kraftangan yang dihasilkan di daerah-daerah tertentu di negeri sabah. Kerana menurut beliau pada masa lalu media atau alat-alat melukis belum wujud di Sabah maka masyarakat tempatan pada masa itu menggunakan kraftangan, sarung parang, pakaian bagi membolehkan seni mereka dikongsi pada semua.   

Harold Regan Eswar (arkitek/ artis)
Harold pernah mengadiri sebuah perjumpaan arkitek dimana soalan yang diajukan kepada hadirin pada masa itu berbunyi “apakah definisi bagi seni bina negeri Sabah”. Dan jawapan yang diberikan oleh beberapa arkitek yang hadir di perjumpaan itu “Seni bina yang direka oleh orang Sabah”. 
agi beliau jawapan apakah definisi atau identiti seni Sabah adalah, seni yang dihasilkan oleh artis/pelukis/pengkarya yang berasal dari negeri Sabah dengan tidak memperdulikan apakah teknik/subjek/messej yang dihasilkan.

Anddy Romeo Dulait (artis)
Pada pendapat peribadi beliau, identiti seni sabah belum boleh dikenal pasti pada masa kini atau mungkin di masa hadapan. Dengan lebih tepat beliau menegaskan bahawa seni sabah telah mengalami masalah krisis identiti malar atau perubahan kekal dari segi seni. Walaupun demikian ianya tidaklah harus dilihat sebagai sesuatu yang tidak baik.  Ianya seperti (nature versus nurture) alam bertentangan didikan. Mengikut sejarah, Sabah sendiri telah melalui beberapa perubahaan identiti. Bermula daripada Filipina ke British dan kemudiannya Malaysia. Ikatan persamaan yang kekal pada masa itu hanyalah tradisi suku kaum dan penghargaan/penghormataan kepada alam semulajadi. Penghargaan harus diberikan kepada keturunan Animisme kita.
Apabila kedatangan agama Monoteistik ke tanah ini, ianya telah mengubah cara pandangan orang-orang lama tentang semua hal dan perubahan dari segi permodenan juga harus diambil kira. Ini semua memainkan peranan dalam mendidik kita. Dan dari itu terhasillah kita yang digelar golongan kacukan. Dari keturunan, cara berfikir atau mentaliti dan tradisi kita semua adalah kacukan atau campuran berbagai identity di dalam satu. Berbalik kepada persoalan apakah seni sabah. 
Sekiranya sesuatu seni itu dihasilkan oleh orang-orang Sabah, diilhamkan oleh pemikiran orang Sabah, dan sentuhan jiwa Sabah tanpa mengira perbezaan antara satu sama lain bagi beliau ianya masih boleh diterima sebagai seni Sabah.

  
Lybby Illyas (artis)
Beliau berpendapat identiti bagi seni sabah masih belum boleh didefinisikan secara tepat dengan hanya menggunakan ikon-ikon, budaya tradisi, atau subjek flora dan fauna  yang terdapat di negeri sabah.


Arthur Don Sario (pereka fesyen)
Dari sudut pandangan seorang pereka fesyen  gambaran pertama yang bermain di minda beliau tentang identiti seni sabah adalah  patern/motif/corak. Nilai pada corak atau motif merupakan asset yang paling penting dalam mengenali identity seni sabah. Ianya sesuatu yang boleh dimanipulasikan berulang kali tanpa mewujudkan imej yang sama. 

Jennifer Linggi (Kurator seni)
Secara kasar identiti seni sabah adalah olahan lukisan yang bersubjekkan figura, alam flora dan fauna dan budaya. Akan tetapi ini bukanlah sebuah kenyataan yang tepat kerana setiap indiviu mempunyai pendapat mereka sendiri tentang sesebuah lukisan yang dihasilkan. Sememangnya corak, motif tempatan dan anyaman sebenarnya antara seni yang terawal di negeri sabah.  (kemungkinan besar inilah sebenarnya identiti seni sabah).

Cracko
Sememangnya seni di Sabah mempunyai nilai identitinya yang tersendiri akan tetapi tidak pernah dilakukan sebarang kajian dengan fakta yang sah untuk membolehkan kenyataan “sesuatu” adalah identiti bagi seni di negeri Sabah.
Jika dilihat dari segi perkembangan seni di sabah dari tahun 1940-an hingga kini. Para karyawan hanya mampu meneka apakah intipati identiti seni Sabah. Semua tekaan itu adalah berdasarkan apa yang mereka fikir dengan harapan dari sudut pandangan umum ianya diterima dan diguna pakai.
Akan tetapi menurut pemerhatian yang dijalankan, kebanyakkan orang di Sabah hanya menjadi “pak turut” dalam hal-hal seni dan bagi mereka yang kurang arif lantas berlakunya kenyataan seperti “tiada gunung Kinabalu bukan lukisan Sabah”.
Menurut pandangan peribadi beliau patern/corak/motif adalah identiti seni Sabah. Akan tetapi ianya bukanlah suatu subjek yang digemari ramai semasa berkarya. Mungkin ada segelintir artis yang menggunakan subjek ini akan tetapi motif dan corak yang dihasilkan kebanyakkannya sama, sedangkan menurut Jennifer Linggi (Kurator seni Sabah) pada suku kaum Murut sahaja sudah terdapat lebih dari 40 jenis motif/corak/anyaman. 
Bentuk-bentuk geometri juga memainkan peranan dalam sesebuah hasil lukisan yang beridentitikan seni Sabah. Ini adalah perkembangan dari motif atau corak yang dihasilkan diatas kraftangan/pakaian/ struktur bangunan dan tidak terkecuali seni halus/lukisan/ukiran dan sebagainya.
Akan tetapi menurut beliau seperti yang dinyatakan oleh Teo Zye Keun mana-mana artis atau pengkarya berhak memilih langkah seterusnya dalam menghasilkan seni mereka. 
Itu merupakan identiti yang ingin disampaikan kepada umum.

Ringkasan
Walaupun kajian pendek ini dijalankan (30hari) belum ada fakta sebenar yang boleh menyokong 100% ini adalah identiti seni Sabah. Ini adalah kerana mereka yang ditemuramah hanyalah segelitir daripada ribuan yang mungkin lebih berpengalaman dalam menyampaikan maksud yang ingin dicari.

Nota :- mereka yang ditemuramah adalah dalam golongan mereka yang berfikiran agak terbuka terhadap seni dan jawapan yang diberikan adalah menurut pandangan peribadi mereka sendiri.


Monday, June 24, 2013

aye axe solo debut

Life flips... As we are...

On the 21st of June 2013, CAG was given the honor to host Aye Axe, 1st solo debut at the CAG Asylum.

Aye work as a photographer, 
go skateboarding every week 
and on some crazy days he would go out tagging the town.
 Born and raise in Temerloh, Pahang. Found his calling in taking photos after 2 of his friends introduce him to the world of photography. He sold his bike which he got 6 month earlier and bought himself a SLR camera.
He told us that he uses an old family car that has holes on the body parts and the tyres was out of alignment. That's his mode of transportation on getting to certain spot to take pictures.

while everyone was busy with the (Go Skate Day) on the 21st of June
Aye made this date for his opening show.
This is the 1st time a show entirely on skateboarding was done in KK  
The Opening start at 7.30pm and ended around 2am
most of the local KK skateboarder came to give their support,
Mark Warren j (B3) sponsored booze for everyone,
there were BBQ and we also had a huge screening of skate videos on opposite building wall

a big thankyou to everyone that came to the show, the buyer,
sponsors : #sixdays #gemokpower #B3session #BamBam aparell
opening day
1st album

for more pic on what happen in those 3 days
click here












Wednesday, May 15, 2013

Art is not a Crime

I was browsing all the pic folder in my external hard disk, i found this.. a piece that anddy,kwan, robert, nofie,aniq and me did during last year Hobby Con at Citymall.. man .. i totally forgot about this..
the organiser said that this might be the last hobby con.. so it was a sad news for many of the HobbyCon fans so we decided that if this was the last show... we just do a sort of a crime scene image just to show that HobbyCon died today... hopefully that's not going to happen... cross fingers....


Wednesday, April 10, 2013

caricature at the asylum


all caricature done by Teo Zye Keun
he's one of the God's who teaches art at the Asgardian school of art in KK..

we had an art jam gone wrong with all the right reason..
in the evening we had bbq and the guys and drinks..
so Teo start doing caricature on almost everyone faces that night..
and he is freakin awesome..





















Alvin

Anddy 

 Cracko

Cassie

Egn

Lybby

Aye Axe



Friday, March 29, 2013

lybby's debut solo exhibition

Lidia Iliyas @ Lybby
owner of SixDays urban art shop in Borneo
was feature in Marie Claire nov issue of 2012 as one of the female street artist in Malaysia
after joining the CAG in 2010
active with the CAG in almost every event, activity and project till now...
her long awaited solo debut time has finally arrived...
will post what happen on the opening day... and the opening is today at 6pm..




Thursday, March 21, 2013

voice from the Asylum

on March 9th... the CAG organised their 1st poetry slam at the CAG Asylum
you can read some write up here :-




this is how the studio look like at the moment








thank you for your generous donation... we used em to pay our rent and electricity ow and the drinks.. 

more awesome pic by Srap

we didn't actually expect a big turn out but it did... and we were going... this is awesome...
i'll try to put in some vid on the participant..


thanks for dropping by... 


Wednesday, February 6, 2013

Tribute exhibition to Awang Fadilah


The CAG acknowledge Awang Fadiah as a great inspirational artist 
that should have been given the recognition that he deserved.

So on the 26th of January 2013, the CAG decide to do a special tribute exhibition 
to one of the most influential naïve artist in Sabah, and the exhibition was called 
“We Are Awang Fadilah”
10 of the CAG members did their own way of expressing joy, sad, respect, love and courage thru their art.
 8 of them did paintings, 1 did a toy and 1 more did a sort of a fashion sort of stuff 
(it’s an embroidery and custom beads necklace).

The opening was a success, where 10 artwork of the tribute plus 1 of Awang’s latest piece was sold.
CAG artists that participate in this exhibition made a pledge of giving 60% sales cut of each sold paintings/ artworks to Awang Fadilah.
  
Artist : Awang Fadilah (terkenang semasa dulu)


There are some statement been put out that for this tribute exhibition the CAG did naïve art just as Awang Fadilah did and so, that’s the reason why it was a sold out show. But the fact is none of the CAG did a naïve art.

Details of the tribute artworks according to my personal opinion (CRACKO) 

Artist: Egn (tikam lidah, buah mulut)

Egn uses the new fauves style in this piece. 
It’s described how a story was told as bad as it could in the past about something and the same people are promoting and describing how wonderful that something is at this moment.


Artist: Lybby (the water of north borneo)

In this Illustration style that Lybby did, this whimsical piece with vibrant colors and characters depict the joy in living life. Almost every subject seems to be in motion. This piece is alive. 


Artist: Rezo (idola)
 

This stensil art style, are mostly used in street art/ graffiti. In this piece a small portion of Awang Fadilah original painting are used as the background. A portrait of him in the middle gives us the idea that this person with a simple painting in the background gives an amount of inspiration to others. 


Artist: Nofie (we are awang fadilah)

A mix of fauvism and deco art can be seen in this piece. 
This piece shows the spiritual essence of being naïve in a person. 
Where in the background subject there are two persons looking at each other and the birds and butterfly flying over them towards the center, that look like a sphere that might be interpret as a starting point.    


Artist: Anddy (tribute)

In this Illustration of Awang Fadilah, the two cats look so adorable that you wish they were real. The paintings look as if the flat line world of Awang Fadilah creation is coming to life. 


Artist: Aks kwan (kawanku awang fadilah)

One of Awang Fadilah known subject in his painting are his version of the Borneo cat. As can be seen, there a strike marking on the surface of the wooden toy, it’s actually the strokes that Awang’s use in all of his paintings. What makes this piece unique is that this is a crossover of Kwan’s wood toy that he branded “Kawan” (friend) with Awang’s signature cat and strokes.


Artist: Eleanor (culture revival)
 

In this piece the technique consists of embroidery, patches and beads. Inspired by Awang fadilah “Land of cultural series”, this piece speaks of the old culture are making a comeback in today present time.        


Artist: Phey (AF)

Typography play a very important role when one is to be a graffiti artist. He did a tag with the initial AF (Awang Fadilah) with a serpent look. It’s either 2 dragons or it’s because it’s the year of the snake. The bullet gave the impression that this year Awang’s is the center of attention.


Artist: Cracko (Godess)

Using an illustration style, this piece describe the myth and beauties 
where women are put on a pedestal to be worship.
       
Here’s the back story of Awang Fadilah on why the CAG want to do a tribute/ artist acknowledgment for what he have done in the art scene of Sabah/ North Borneo.
Before he became a full time artist/painter he used to be a substitute teacher for primary school. 
His admission to enter the teacher college, to become a full time teacher was rejected because of his health problem (kidney failure). Due to this situation he decided to move to Kota Kinabalu because that’s the only place where dialysis treatment is available. During this period of time that he discover his talent in doing art. Soon after this, he quit his job and became a full time painter.
When Yusof Gajah came to Sabah on the year 1999, Awang became one of his students and with no appropriate art background he adapted in painting naïve art.

Things are not as pleasant as it seems when Awang started painting naïve art. The public and even some establish painter mocked him, saying words such as “my kids can paint better than that” or “who would buy this sort of art”. But this didn’t discourage him from painting. As time goes by he began to create his own unique way of painting, with simple shapes, lines and dots.
As years goes by he began making his own children book, where he would write and do the illustration. His children book was published quite a few and in 2011 he won the runner-up prize for the illustrations in 
“Land Below the Wind” in the Noma Concours for Picture Book Illustrations 
organised by the Asia-Pacific Cultural Centre for UNESCO in Tokyo. 
This was a huge achievement for him and the result of this he became one of the most celebrated artist in North Borneo/ Sabah today.