Apakah itu seni?
Definisi atau maksud seni
sehingga kini masi belum dapat dipastikan 100% kerana ianya sesuatu yang
sentiasa berkembang dari masa ke semasa.
Antara definisi yang digunakan
untuk menggambarkan seni pada masa ini adalah, ianya olahan secara kreatif dan
imaginatif seseorang yang disusun komposisinya sehingga membentuk sesuatu objek yang menarik, persekitaran atau
pengalaman dengan bertujuan untuk dikongsi kepada umum.
Salah satu definisi yang paling
mudah untuk menggambarkan seni adalah :- ianya adalah bentuk dan kandungan.
Bentuk - terdiri daripada elemen seni, panduan rekaan dan media
yang digunakan.
Kandungan - adalah apakah yang ingin sampaikan oleh artis kepada
pemerhati, gambaran yang dihasilkan oleh artist yang terkandung dalam karya seni dan penerimaan
umum terhadap kedua fakta tersebut.
Adakah terdapat definisi bagi Identiti Seni lukis Sabah?
Soalan ini agak sukar untuk
diberikan jawapan. Menurut Aks Kwan,
seorang pereka grafik/ pelukis komik dan seorang pelukis. Definisi seni bagi
sesebuah negeri di dalam Malaysia masih belum dapat dipastikan jika subjek atau
ikon-ikon atau budaya yang terdapat di negeri itu tidak disertakan dalam
sesebuah karya. Sebagai contoh sebuah karya pelukis dari negeri Sarawak yang
dihasilkan tanpa sebarang motif “tribal”, Kelantan tanpa ikon Wau nya.
Sememangnya sukar untuk diketahui dari mana asal seni yang dihasilkan itu.
Soalan yang sama telah diajukan
kepada orang awam disekitar bandar Kota Kinabalu, pada pendapat anda
apakah definisi atau identiti seni lukis di Sabah?
Jawapan majoriti yang hampir sama telah diberikan iaitu:-
Subjek-subjek yang bertemakan
budaya yang terdapat di Sabah. Subjek yang bertemakan landskap, orang-orang
tua, kampung-kampung, sawah padi, orang Murut, orang utan, bunga rafflesia,
periuk kera, monyet belanda dan jawapan yang paling cliché adalah lukisan yang
mempunyai “Gunung Kinabalu”.
Walaupun kelompok majoriti memberikan jawapan
seperti di atas, dan sekiranya ini dianggap oleh masyarakat sebagai seni lukis
Sabah, bagaimana pula jika lukisan yang bersubjekkan Gunung Kinabalu yang
dihasilkan oleh artist-artist yang berasal dari Amerika Syarikat, England,
China dan Negara-negara lain? Adakan ini juga tergolong dalam Seni lukis Sabah?
Adakan dengan melukis ikon atau budaya yang terdapat di negeri Sabah adalah
identiti seni Sabah?
Terdapat juga mereka yang memberi
jawapan jenis media sesebuah lukisan itu dihasilkan yang membolehkannya digelar
seni sabah. Sebagai contoh :-
Lukisan landskap yang menggunakan
warna air, warna terang, warna-warna harmoni dan sebagainya. Adakah teknik-teknik yang menggunakan
media ini beridentitikan seni lukis negeri Sabah? Jawapannya tidak. Ianya
teknik yang digunakan di seluruh dunia, dan hanya diperkenalkan di negeri Sabah
pada tahun 1940an semasa British menjejakkan kaki ke muka bumi Sabah, atau mungkin juga lebih awal semasa pemerintahan zaman Jepun?
Ada beberapa orang pelukis
tempatan berpendapat bahawa identiti yang terdapat pada seni Sabah buat masa
ini adalah seni/lukisan yang menggunakan ikon budaya dan alam fauna yang
terdapat banyak di negeri Sabah. Walaupun jawapan ini agak relevan akan tetapi menurut
apa yang tertulis dalam buku “sejarah perkembangan seni lukis Sabah oleh Ismail
Hj. Ibrahim” lukisan-lukisan yang mengandungi ikon budaya dan alam fauna telahpun
dicipta atau sudah dilakukan sejak tahun 1940an atau lebih awal dari itu. Ini
bermakna kenyataan “buat masa ini ” agak ketinggalan dari segi fakta
pemerhatian.
Sekiranya sesebuah lukisan yang
dihasilkan tidak bersubjekkan budaya, bolehkah ianya diklasifikasikan pada
identiti tertentu?
Jawapan yang diterima setelah
soalan diajukan semula kepada umum dan para karyawan mula menjawab, soalan ini agak sukar atau
tidak ada jawapan.
Soalan yang sama telah dikemukanan kepada golongan yang lebih berpengalaman dalam bidang seni dan berfikiran agak terbukan tentang pemahaman mereka tentang seni.
Identiti
Teo Zye Keun (guru seni)
Adakah lukisan mempunyai
identitinya sendiri? Apakah maksud identiti seni?
Menurut Teo Zye Keun seorang guru seni (Asgardian School of Art), identiti
sesebuah seni boleh dibahagikan kepada-2 bahagian :-
- . Identiti dalam seni yang dihasilkan.
- , Identiti seseorang artis dalam seni yang dihasilkan.
Identiti dalam seni yang dihasilkan :-
Biasanya identiti seni ditafsir
melalui isi kandung/ mesej yang ingin disampaikan kepada umum.
Identiti seseorang artis dalam seni yang dihasilkan :-
Setiap artis sememangnya
mempunyai identiti mereka yang tersendiri dari segi subjek, topic, teknik,
penggunaan sesuatu media dan banyak lagi. Definisi identiti bagi seseorang
artis lebih mudah difahami melalui
penghasilan karakter-karakter yang tertentu, simbol, corak, nombor atau subjek.
Menurut beliau, walaupun di masa
kini kebanyakkan orang beranggapan yang identiti bagi seni sabah adalah
flora/fauna dan ikon-ikon yang terdapat di negeri Sabah. Masih belum boleh
dipastikan yang ini adalah fakta kerana sejak bermulanya perkembangan seni di
negeri sabah rata-rata subjek/topik yang dihasilkan adalah kerana pilihan
majority. Semenjak Simon Yew 1898-1983 menghasilkan
lukisan Gunung Kinabalu pada 1940-an, sehingga kini lukisan-lukisan yang
bertemakan Gunung Kinabalu tidak dapat dipisahkan oleh kebanyakkan artis
tempatan. Dan disebabkan bilangan majoriti inilah yang membuatkan umum
beranggapan identiti seni Sabah mestilah hasil seni yang terdiri dari ikon-ikon negeri Sabah.
Dari penjelasan ringkas di atas,
difahamkan kebanyakan pelukis lebih cenderung memilih identiti artist yang
terkandung dalam seni yang dihasilkan. Ini adalah kerana ianya lebih senang
untuk disampaikan kepada umum berbanding dengan identiti sesuatu tempat
berdasarkan seni yang dihasilkan. Sebagai contoh negara Australia, semasa
perbincangan “global art” dan yang terkandung didalamnya the doyen post 1960s
conceptualism di german. Peter wiebel bertanya mengapakah seni Australia wajib dengan satu perkara iaitu – lanskap
yang buruk.
Ternyata kenyataan yang diberikan
oleh beliau memberi paparan yang setiap pemerhati yang berlainan mempunyai
pemahaman yang berbeza tentang sesebuah seni dengan cara mereka yang
tersendiri.
Yee I-lann (artis)
Seni adalah sesuatu yang tanpa
definisi, sekiranya ia dapat didefinisikan maka ianya gagal untuk digelar seni.
Identiti hanya terdapat pada artis/pelukis/pengkarya seni. Sekiranya sesebuah
seni diberikan identiti maka ianya tidak akan berkembang.
Mitchel Bernard (arkitek)
“Identiti seni di negeri sabah
tidak sempat dikembangkan”. Beliau antara mereka yang skeptik tentang identiti
seni sabah dan pernah bertanyakan soalan yang sama. Dimanakah letaknya identiti
seni sabah pada masa ini? Menurut beliau disebabkan pengaruh luar yang terlalu
cepat, masyarakat tempatan tidak sempat untuk melakukan apa-apa dokumentasi
tentang identiti seni yang mempengaruhi hasil atau karya seni mereka. Fakta ini
disokong dalam buku “sejarah perkembangan seni lukis sabah oleh Ismail Hj. Ibrahim”.
Dukumentasi tentang seni di Sabah hanya dimula pada sekitar tahun 1940-an.
Pengaruh luar yang menyebabkan
identiti seni sabah sukar untuk didefinisikan. Sebagai contoh pengaruh luar
yang paling ketara adalah rekaan bangunan muzium Sabah. Rekaan bumbung bangunan
tersebut yang sememangnya mempunyai ciri-ciri Minangkabau (Jawa).
Pada pendapat beliau identiti seni Sabah sememangnya ada dan besar kemungkinan ianya adalah patern/corak seni yang sudah lama
berada dalam arus seni tempatan dihasilkan oleh masarakat tempatan yang terdiri
dari berbilang kaum walaupun arus permodenan kini semakin maju. Apa yang
dimaksudkan disini bukanlah hasil-hasil kraftangan tetapi corak atau motif dan
bentuk yang biasanya terdapat pada kraftangan yang dihasilkan di daerah-daerah
tertentu di negeri sabah. Kerana menurut beliau pada masa lalu media atau alat-alat
melukis belum wujud di Sabah maka masyarakat tempatan pada masa itu menggunakan
kraftangan, sarung parang, pakaian bagi membolehkan seni mereka dikongsi pada
semua.
Harold Regan Eswar (arkitek/ artis)
Harold pernah mengadiri sebuah
perjumpaan arkitek dimana soalan yang diajukan kepada hadirin pada masa itu
berbunyi “apakah definisi bagi seni bina negeri Sabah”. Dan jawapan yang
diberikan oleh beberapa arkitek yang hadir di perjumpaan itu “Seni bina yang
direka oleh orang Sabah”.
agi beliau jawapan apakah definisi atau identiti
seni Sabah adalah, seni yang dihasilkan oleh artis/pelukis/pengkarya yang
berasal dari negeri Sabah dengan tidak memperdulikan apakah
teknik/subjek/messej yang dihasilkan.
Anddy Romeo Dulait (artis)
Pada pendapat peribadi beliau,
identiti seni sabah belum boleh dikenal pasti pada masa kini atau mungkin di
masa hadapan. Dengan lebih tepat beliau menegaskan bahawa seni sabah telah
mengalami masalah krisis identiti malar atau perubahan kekal dari segi seni.
Walaupun demikian ianya tidaklah harus dilihat sebagai sesuatu yang tidak
baik. Ianya seperti (nature versus nurture) alam bertentangan didikan. Mengikut
sejarah, Sabah sendiri telah melalui beberapa perubahaan identiti. Bermula
daripada Filipina ke British dan kemudiannya Malaysia. Ikatan persamaan yang kekal
pada masa itu hanyalah tradisi suku kaum dan penghargaan/penghormataan kepada
alam semulajadi. Penghargaan harus diberikan kepada keturunan Animisme kita.
Apabila kedatangan agama Monoteistik
ke tanah ini, ianya telah mengubah cara pandangan orang-orang lama tentang
semua hal dan perubahan dari segi permodenan juga harus diambil kira. Ini semua
memainkan peranan dalam mendidik kita. Dan dari itu terhasillah kita yang
digelar golongan kacukan. Dari keturunan, cara berfikir atau mentaliti dan
tradisi kita semua adalah kacukan atau campuran berbagai identity di dalam
satu. Berbalik kepada persoalan apakah
seni sabah.
Sekiranya sesuatu seni itu dihasilkan oleh orang-orang Sabah,
diilhamkan oleh pemikiran orang Sabah, dan sentuhan jiwa Sabah tanpa mengira
perbezaan antara satu sama lain bagi beliau ianya masih boleh diterima sebagai
seni Sabah.
Lybby Illyas (artis)
Beliau
berpendapat identiti bagi seni sabah masih belum boleh didefinisikan secara tepat dengan
hanya menggunakan ikon-ikon, budaya tradisi, atau subjek flora dan fauna yang terdapat di negeri sabah.
Arthur Don Sario (pereka fesyen)
Dari sudut pandangan seorang
pereka fesyen gambaran pertama yang
bermain di minda beliau tentang identiti seni sabah adalah patern/motif/corak. Nilai pada corak atau
motif merupakan asset yang paling penting dalam mengenali identity seni sabah.
Ianya sesuatu yang boleh dimanipulasikan berulang kali tanpa mewujudkan imej
yang sama.
Jennifer Linggi (Kurator seni)
Secara kasar identiti seni sabah adalah olahan lukisan yang bersubjekkan figura, alam flora dan fauna dan budaya. Akan tetapi ini bukanlah sebuah kenyataan yang tepat kerana setiap indiviu mempunyai pendapat mereka sendiri tentang sesebuah lukisan yang dihasilkan. Sememangnya corak, motif tempatan dan anyaman sebenarnya antara seni yang terawal di negeri sabah. (kemungkinan besar inilah sebenarnya identiti seni sabah).
Cracko
Sememangnya seni di Sabah
mempunyai nilai identitinya yang tersendiri akan tetapi tidak pernah dilakukan
sebarang kajian dengan fakta yang sah untuk membolehkan kenyataan “sesuatu”
adalah identiti bagi seni di negeri Sabah.
Jika dilihat dari segi
perkembangan seni di sabah dari tahun 1940-an hingga kini. Para karyawan hanya
mampu meneka apakah intipati identiti seni Sabah. Semua tekaan itu adalah
berdasarkan apa yang mereka fikir dengan harapan dari sudut pandangan umum
ianya diterima dan diguna pakai.
Akan tetapi menurut pemerhatian
yang dijalankan, kebanyakkan orang di Sabah hanya menjadi “pak turut” dalam hal-hal seni
dan bagi mereka yang kurang arif lantas berlakunya kenyataan seperti “tiada
gunung Kinabalu bukan lukisan Sabah”.
Menurut pandangan peribadi beliau
patern/corak/motif adalah identiti seni Sabah. Akan tetapi ianya bukanlah suatu
subjek yang digemari ramai semasa berkarya. Mungkin ada segelintir artis yang
menggunakan subjek ini akan tetapi motif dan corak yang dihasilkan
kebanyakkannya sama, sedangkan menurut Jennifer Linggi (Kurator seni Sabah) pada
suku kaum Murut sahaja sudah terdapat lebih dari 40 jenis motif/corak/anyaman.
Bentuk-bentuk geometri juga
memainkan peranan dalam sesebuah hasil lukisan yang beridentitikan seni Sabah.
Ini adalah perkembangan dari motif atau corak yang dihasilkan diatas
kraftangan/pakaian/ struktur bangunan dan tidak terkecuali seni
halus/lukisan/ukiran dan sebagainya.
Akan tetapi menurut beliau seperti
yang dinyatakan oleh Teo Zye Keun mana-mana artis atau pengkarya berhak memilih
langkah seterusnya dalam menghasilkan seni mereka.
Itu merupakan identiti yang
ingin disampaikan kepada umum.
Ringkasan
Walaupun kajian pendek ini
dijalankan (30hari) belum ada fakta sebenar yang boleh menyokong 100% ini
adalah identiti seni Sabah. Ini adalah kerana mereka yang ditemuramah hanyalah
segelitir daripada ribuan yang mungkin lebih berpengalaman dalam menyampaikan
maksud yang ingin dicari.
Nota :- mereka yang ditemuramah adalah dalam golongan mereka yang
berfikiran agak terbuka terhadap seni dan jawapan yang diberikan adalah menurut
pandangan peribadi mereka sendiri.
No comments:
Post a Comment